Bekas isteri pemuzik, Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh kini sedang menikmati percutian di Bali, Indonesia.
Malah, ibu tunggal kepada dua orang anak ini juga berkongsi momen indahnya ketika bercuti di negara seberang.
Dalam pada itu, Intan juga ada berkongsi video berserta kapsyen tersendiri.
“No men no problem…buat love dgn mok ni pun jadilah,” tulisnya sambil disertakan video sedang bermain buaian di pusat percutian di Indonesia.
View this post on Instagram@alohaubud no men no problem…buat love dgn mok ni pun jadilah..😅🙄 @qishess
Sementara itu, di ruangan komen, netizen turut gembira melihat Intan liburan bersama rakannya.
Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Ude kemudian berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang dilahirkan 29 Jun lalu.
Foto : Instagram Intan Liana via Media Hiburan
Be the first to comment on "[GAMBAR] Bekas Madu Tengah Berpantang, Intan Liana Berliburan Di Bali. No Men No Problem Katanya…"