Ramai Gadis Kecewa, Ini Ke Kekasih Aedy Ashraf Yang Sebenar?

MH perasan beberapa gadis mula bersedih apabila melihat perkongsian Aedy Ashraf di Malam Anugerah MeleTOP Era baru-baru ini.

Mulanya kami binggung mengapa kebanyakan mereka kata patah hati, rupa-rupanya kebanyakan mereka tidak boleh terima melihat Aedy kelihatan sungguh mesra dengan seorang gadis berbaju putih dan duduk disebelahnya sepanjang AME.

Lebih menguatkan spekulasi perempuan tersebut merupakan cinta hatinya apabila Aedy turut memuat naik beberapa video mesranya bersama gadis tersebut di Insta Storiesnya.

Malah buat pertama kalinya, Aedy berkongsi gambar bersama seorang perempuan di akaun Instagramnya membuatkan ramai lebih yakin gadis tersebut istimewa dimatanya.

Persoalnya adakah gadis ini benar-benar kekasih Aedy? Atau adakah orang ramai hanya sekadar salah faham sahaja?

Tetapi jika benar memang ramailah gadis-gadis diluar sana gigit kuku menahan kesedihan dan perlukan masa untuk terima semua ini.

Apapun kami harap kedua-dua mereka akan berkekalan dan mereka nampak sungguhg comel jika bersama!

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "Ramai Gadis Kecewa, Ini Ke Kekasih Aedy Ashraf Yang Sebenar?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*