Remaja Vir4l Bergambar Di Kereta Sport, Akhirnya ‘owner’ Dia Sendiri Siap Jumpa Minta Maaf

TINDAKAN seorang remaja lelaki bergambar di hadapan sebuah kereta sport jenis Mazda RX8 milik seorang gadis sebelum memuat naik gambar itu di Instagram mengundang kec4man netizen.

Gambar dengan kapsyen Always push yourself  itu tular di media sosial selepas dikongsi pemilik kereta sport terbabit, Raja Nur Marisa pada Rabu lalu.

Sehingga hari ini, posting itu mendapat lebih 14,100 ulang kicau dan 8,300 tanda suka.

Raja Nur Marisa atau lebih mesra disapa Marisa ketika dihubungi mStar berkata dia sebenarnya berkongsi posting tersebut bukan kerana mahu menghin4 remaja itu.

Posting yang dikongsi Marisa di Twitternya menjadi tumpuan ramai.

Sebaliknya kata Marisa, dia tertarik dengan cara remaja itu berbalas komen dengan rakan-rakannya di Instagram.

“Sebenarnya saya dapat gambar tu dari kawan saya. Saya pun komen tunjuk thumbs up. Lepas tu saya pun post dekat Twitter.

“Saya post bukan sebab saya mar4h ke apa. Saya suka tengok cara dia reply komen dekat kawan-kawan dia… kelakar dan nakal,” katanya.

Bagaimanapun Marisa berkata dia panik apabila postingnya itu menjadi tular dan Instagram remaja itu diser4ng netizen.

“Memang saya panik. Saya bangun tidur tiba-tiba tengok komen penuh dekat Instagram dia. Saya buka Twitter tengok dah beribu retweet.

“Saya pun terus DM budak tu. Nasib baik dia perasaan dan saya beritahu nak jumpa dia. Saya rasa bersalah dan risau sebab netizen dah mula ser4ng dia,” katanya yang amat meminati sukan permotoran.

Marisa turut meminati motosikal berkuasa besar.

Gadis berusia 24 tahun itu memberitahu dia bertemu dengan remaja yang dikenali sebagai Aisy itu pada malam Rabu lalu untuk memohon maaf di atas insiiden tersebut.

“Saya boleh padam posting tu tetapi sudah terlambat. Rakan-rakannya mungkin sudah buat paparan skrin dan guna point tu untuk buuli dia.

“Jadi saya pun bertemu dengannya malam Rabu lalu. Saya minta maaf sebab dia kena kec4m, juga nak pastikan dia okay ke tak. Saya tak naklah dia jadi m4ngsa buuli sebab dah viral.

“Dengan pertemuan itu saya nak netizen tahu saya sebenarnya di pihak dia. Saya biar dia bergambar dengan saya supaya budak sekolah dia tak kacau dia dah lepas ni,” katanya.

 

Sebenarnya masa tu saya pergi beraya dan terjumpa kereta sport tu. Jadi saya terus ambil gambar sebab saya pantang tengok kereta sport. Saya terlampau minat.

AISY

Dalam pertemuan singkat itu, kata Marisa, pelajar tingkatan dua itu memberitahu dia sebenarnya turut meminati kereta sport.

“Dia dapat bergambar dalam kereta saya sekali. Dia kata memang minat kereta, banyak jugalah dia tanya pasal kereta ni.

“Namun saya terkilan tak dapat bawa dia ronda-ronda sebab saya ada hal lain yang tak dapat dielakkan waktu tu,” katanya.

Marisa turut mengakui amat meminati sukan permotoran dan sudah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk kereta kesayangannya itu.

“Saya minat kereta sejak tahun dua sebab dulu selalu main go kart. Sepatutnya saya race sekali dengan abang tapi ada kekangan jadi saya just santai-santai tak masuk apa-apa event.

“Sukan permotoran dan kereta ini amat mencabar. Ia sebenarnya menguji minda terutamanya dari segi fizik. Ia juga salah satu cara untuk saya menenangkan fikiran,” katanya.

Aisy mengakui terkilan dengan komen negatif netizen yang menyer4ngnya di Instagram.

Sementara itu, Aisy ketika dihubungi mStar mengakui masih lagi tersebut dengan insiiden itu.

“Saya tak okay lagi sebab dapat kec4man dari orang sekeliling. Saya terkilan jugalah dengan komen netizen sedangkan owner kereta tu sendiri pun tak marah dan tak cakap apa-apa.

“Tapi saya repect dekat kakak tu sebab dia sendiri datang minta maaf dekat saya. Saya pun tak sangka dia minta saya tangkap gambar bersama untuk tunjukkan saya tak bersalah,” kata remaja berusia 14 tahun itu.

Mengenai gambar tersebut, Aisy berkata ia diambil secara kebetulan semasa Aidilfitri lalu.

“Sebenarnya masa tu saya pergi beraya dan terjumpa kereta sport tu. Jadi saya terus ambil gambar sebab saya pantang tengok kereta sport. Saya terlampau minat,” katanya.

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Remaja Vir4l Bergambar Di Kereta Sport, Akhirnya ‘owner’ Dia Sendiri Siap Jumpa Minta Maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*