‘Kant0i Crop Dan Copy Paste Gambar Bella Dally’ Akhirnya Bella Dally Sendiri Mesej Sheila Rusly

PELAKON, Bella Dally mengakui tidak puas hati dengan tindakan syarikat produksi JS Pictures Sdn Bhd kerana menyunting gambar kahwinnya dengan bekas suami, Nazim Othman dan digantikan dengan wajah pelakon, Emma Maembong dalam telefilem Silang yang ditayangkan kelmarin. Perkara itu diketahui Bella selepas mendapat kiriman mesej daripada beberapa kenalannya selain ia turut tular di laman sosial.

Sehubungan itu, Bella menghubungi penerbit drama itu, Sheila Rusly dengan menghantar mesej di aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan pencerahan mengenai perkara itu. “Saya mendapat banyak mesej peribadi (DM) daripada rakan, keluarga dan peminat mengenai perkara ini. Saya tahu, anda juga mempersoalkan perkara sama.

“Bagi saya, ia seperti tidak menghormati saya dan perlu diselesaikan. Saya tidak puas hati, jadi saya secara sendiri menghubungi Sis Sheila. “Dia dan prop master meminta maaf. Saya maafkan mereka kerana kita manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan,” katanya. Menerusi status dimuat naik Bella, dia berharap mana-mana pihak tidak mengambil mudah perkara sebegitu dan mengambil kesempatan.

Dalam masa sama, Bella turut memuat naik paparan perbualan antara dirinya dengan Sheila Rusly. Sheila mengakui kesilapan dibuat pasukannya dan tampil memohon maaf. “Maaf, bagi pihak pasukan saya minta maaf. Saya akan minta prop master minta maaf. “Kesilapan saya juga sebab tak sensitif dengan isu ini. Maaf sekali lagi,” tulisnya.

Sementara itu, Fawwaz daripada bahagian seni telefilem itu turut menghantar mesej permohonan maaf pada Bella. “Assalamualaikum, maaf ganggu. Saya Fawwaz, Art Department dari telefilem Silang JS Pictures Sdn Bhd. “Saya ingin memohon maaf atas kesilapan menggunakan gambar kahwin awak untuk disunting sebagai bahan prop dalam tele itu,” tulisnya.

Drama Silang Kantoi ‘Crop’ Gambar Bella Dally Tukar Dengan Emma Maembong. Tidak dinafikan drama Silang yang menceritakan kisah seorang pemuda disleksia lakonan Nazim Othman dan Emma Maembong mendapat pujian netizen. Agak jarang drama tempatan ingin mengetengkan isu seperti ini dan memaparkan realiti kehidupan mereka yang mempunyai s4kit tersebut.

Bagaimanapun, ada juga yang mengkritiik drama tersebut kerana terdapat beberapa fakta tentang s4kit disleksia yang ditonjolkan tidak benar. Bukan sahaja kekurangan fakta yang heboh diperkatakan, tetapi penonton turut perasan gambar perkahwinan Amir dan Dura sebenarnya hanya suntingan daripada foto perkahwinan Nazim dan Bella Dally. Memang jimat bajet

sungguh apabila mereka hanya ‘crop’ muka Bella dan digantikan dengan Emma. Nampak agak pelik pula sehingga menjadi bahan lawak netizen di media sosial. Tidak mustahil ia mungkin sahaja strategi ataupun gimik untuk orang ramai terus memperkatakan tentang drama tersebut. Tapi, kalau nak edit pun biarlah nampak cun. Heh.

Sumber Berita : Twitter

BIARPUN drama Bukan Cinta Aku sudah melabuhkan tirainya pada malam Rabu, namun salah satu babak dalam episod 19 menjadi bahan ketawa warganet di laman sosial. Adegan yang memperlihatkan pelakon Syafiq Kyle dan Janna Nick menghantar Baim Wong ke sebuah hospital digambarkan kononnya berada di Indonesia rupa-rupanya hanya

dilakonkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu. Perkara itu disedari penonton apabila terdapat poster tertera tulisan ‘Hospital Pakar Kuala Terengganu’ pada dinding di belakang dua pelakon itu. Foto dalam adegan itu turut dimuat naik di Facebook Kuala Terengganu Post yang menegur kecuaian tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan warganet. “Kuala Terengganu rupa-rupanya ada di Indonesia, nak jimat kos pun agak-agakla” sindir pengendali akaun itu. Gara-gara insiden itu juga, ramai yang mempersoalkan kualiti drama Melayu yang dihasilkan syarikat produksi di negara ini. Selain itu, drama 20 episod yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 ini juga pernah menjadi perhatian warganet apabila dialog yang dilontarkan Syafiq Kyle ketika mengendalikan projek berjumlah RM35.9 bilion dikatakan tidak realistik.

Antara babak yang menjadi pertikaian warganet. Rata-rata mereka menyifatkan ia sebagai tidak logik untuk dibincangkan hanya menerusi telefon. Drama cinta ini 20 episod ini menggabungkan pelakon dari Malaysia iaitu Janna Nick, Syafiq Kyle dan pelakon popular Indonesia Baim Wong yang berakhir malam Rabu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Telemovie Silang telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 6 Julai 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Silang ini adalah Nazim Othman, Emma Maembong, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Nazim Othman dan Emma Maembong dah pernah beberapa kali bergandingan dalam drama, ini kali pertama aku tengok diorang berlakon dalam telemovie bersama – sama.

Telefilem Silang ni menceritakan masalah Disleksia yang dihadapi Amir lakonan Nazim Othman dalam kehidupan seharian. Selain itu, telefilem Silang ini diarahkan oleh Azman Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Memang menarik telemovie ni, jalan ceritanya best, apa pun jom tengok sinopsis telemovie Silang di bawah ini okey..

Sinopsis Telefilem Silang – Cerekarama TV3 Mengisahkan Amir (Nazim Othman) yang mempunyai masalah Disleksia sejak kecil, ibu Amir tak dapat nak menerima hakikat yang anak bongsunya ada masalah disleksia dan lemah dalam pelajarannya. Akhirnya ibu Amir tidak mengendahkan nasihat guru Amir untuk membawanya berjumpa pakar dan Amir membesar dengan masalah disleksianya yang makin teruk

Walaupun ada masalah Disleksia, Amir masih mampu mendapatkan pekerjaan yang baik iaitu sebagai pereka grafik. Amir juga anak yang taat pada ibunya. Tak lama kemudian Amir berkahwin dengan Dura (Emma Maembong) dan mereka bahagia, walaupun Dura kurang selesa tinggal sebumbung dengan ibu Amir. 

 

Dura yang tidak tahu apa – apa mengenai masalah Disleksia Amir menyuruh Amir untuk mengambil lesen memandu kerana Dura telah menghadiahkan Amir sebuah kereta. Dura mula berasa pelik dengan kelakuan Amir bila Amir keberatan untuk pergi mendapatkan lesen kereta. Amir juga makin stress dengan paksaan Dura

untuk mengambil lesen kereta walaupun dia telah gagal sebelum ini. Dura mula syak yang Amir ada Disleksia dan cuba menguji Amir dan akhirnya mereka bergaduh. Dura berasa Amir sengaja menipunya dengan tidak berterus – terang mengenai masalah Disleksia Amir itu. Apa yang berlaku seterusnya?.

“Ramai yang suka menghvkum, tak hairan dunia ni sangat serabut”- Nazim Othman

PELAKON Nazim Othman memberitahu dia menghargai maklum balas dan pendapat netizen mengenai telemovie Silang lakonannya yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Namun Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 35, meminta warganet untuk menonton terlebih dahulu keseluruhan telemovie tersebut sebelum membuat penilaian mereka.

“Ramai orang yang suka menghakimi, tidak hairan la dunia ini sangat serabut. “Seperti mana saya hargai maklum balas dan pendapat, anda kena tonton keseluruhan telemovie itu terlebih dahulu selepas itu baru anda boleh menghakimi. Nazim minta warganet tonton keseluruhan telemovie Silang sebelum menghakimi.

“Ni, baru tengok teaser dah pot pet pot pet. Ia mencerminkan realiti anda sendiri dan pemikiran anda,” kata Nazim. Pelakon drama bersiri Mona Lisa ini memuat naik penjelasan tersebut menerusi laman Instastory miliknya. Menerusi telemovie terbitan JS Pictures itu, Nazim memegang watak sebagai Amir yang ada s4kit disleksia sejak kecil.

Disleksia merupakan gangguan saraf yang menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk membaca, menulis, mengeja dan mengira tetapi sebenarnya dalam masa yang sama mempunyai daya pemikiran yang normal. Menerusi ruang komen di Instagram Nazim, ramai warganet yang tidak sabar menantikan telemovie arahan pengarah Jinggo atau Azman Yahya itu. Malah, ada juga segelintir mereka yang turut berkongsi pengalaman mempunyai anak yang ada disleksia. Selain Nazim, telemovie tersebut turut dibintangi oleh pelakon Emma Maembong dan Jasmin Hamid sebagai teraju utama.

Sumber Mstar

 

Be the first to comment on "‘Kant0i Crop Dan Copy Paste Gambar Bella Dally’ Akhirnya Bella Dally Sendiri Mesej Sheila Rusly"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*