“Walau Tetamu Itu Musuuhmu, Jamulah Dia Bagai Raja!” Pesanan FAZIANI ROHBAN Segar Di Ingatan Anak!

Jumaat lalu genap 40 hari pengasas produk kecantikan Dnars, Allahy4rham Faziani Rohban kembali ke rahmatullah. Meskipun sudah lebih sebulan usahawan berjiwa pemurah ini meningg4l dunia… setiap jasa baik dan amalan yang dilakukan arw4h sepanjang hayat sentiasa segar dan terpahat kemas di sanubari. Lebih-lebih lagi dalam kalangan insan memerlukan, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.

Perginya arwah Faziani meninggalkan seribu satu pengajaran… bukan saja kepada masyarakat tetapi juga lapan cahaya mata arw4h. Salah seorang anak yang nekad meneruskan sifat terpuji arw4h Faziani ialah Irdiena Hakim berusia 16 tahun dan dikatakan antara anak yang memiliki raut wajah paling iras dengan ibunda tersayang.

Berkongsi suasana ketika kenduri t4hlil di kediaman arw4h di Tumpat, Kelantan… Irdiena menzahirkan rasa syukur atas kehadiran tetamu yang sudi meluangkan masa mendoakan kesejahteraan arw4h dan keluarga.

Irdiena bersama tetamu yang dating

“Terima kasih kepada semua yang hadir bagi majlis kenduri t4hlil 40 hari arw4h bonda tercinta saya Hajah Faziani Bt Rohban Ahmad pada 28 Jun bersamaan hari yang mulia hari Jumaat yang lalu.

Sesungguhnya memberi itu adalah hobi arw4h, saya selalu ingat pesan arw4h… ‘Lebih banyak kita memberi lebih banyak lagi Tuhan akan berikan kepada kita kakak.’ Tenanglah di sana bidadariku. Aku di sini akan meneruskan setiap hobimu di rumah ini iaitu memberi dan menjamu tetamu bagaikan raja.

Selalu aku ingat pesananmu ‘Walaupun tetamu itu adalah musuuhmu, tapi jamulah ia bagaikan raja. Sesungguhnya kekayaan yang kita ada ini kerana tetamu, tetamu itu adalah pembawa rezeki dan rahmat.’

Manakala yang lain sedang menaikkan legasi kita bonda, kakak di sini akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik bagi menjaga istanamu dan 8 permata yang telah engkau tinggalkan.”

Team Nona sendiri pernah menyaksikan betapa arw4h sangat pemurah orangnya ketika sesi fotografi di kediaman arwah sekitar Mac lalu. Menyambut tetamu dengan tangan terbuka dan penuh senyuman… arw4h tidak sekadar menjamu kami dengan hidangan yang pelbagai bahkan turut menghadiahkan sehelai telekung sebagai kenang-kenangan. Allahu, baiknya hati arw4h Faziani.

Terkenang kembali sisi ceria dan peramah isteri Ahmad Shah Rizal Ibrahim sewaktu menjadi penghias kulit Nona pada Mei 2016. Tika itu anak bongsunya, Qaseh Khadija baru mencecah usia tiga tahun.

Yang pasti, perniagaan Dnars cukup dekat di hati Irdiena kerana arw4h Faziani menamakan produk berkenaan daripada singkatan nama Irdiena. Kata-kata arw4h yang paling penulis ingat sehingga sekarang ialah sikapnya yang suka mendahulukan orang lain.

Antara bait-bait kata yang disampaikan arw4h, “Rezeki untuk dikongsi dan Dnars bukan rezeki saya seorang. Konsep saya, rezeki yang diterima hari ini patut dikongsi bersama orang lain. Rezeki itu datang daripada kita untuk diagihkan kepada semua.

Saya sering tanamkan dalam hati supaya tidak rasa sayang mengeluarkan duit untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Orang paling utama dalam hidup saya adalah ibu bapa, anak-anak, suami dan adik-beradik. Akhir sekali baru saya fikirkan tentang diri sendiri.

Kalau dia hendak tarik nikmat ini sekejap saja. Memang saya mahu semuanya berpanjangan. Tetapi apa yang akan berlaku kelak saya reda dan tak mahu riak. Bila saya senang, Tuhan hadirkan semua orang susah di sekeliling saya.

Saya tahu Dia nak uji sebab itu niat saya waktu pernah susah dulu. Bulatkan hati dan niat kita. Kalau kita tengah makan dan ada orang datang minta sedekah, beri sumbangan ikut kemampuan kita. Saya percaya ada ketika bukan doa kita saja yang sampai ke Tuhan. Doa orang-orang yang kita bantu inilah yang memurahkan lagi rezeki kita.”

Mulianya hati dia. Moga Allahy4rham Faziani ditempatkan dalam kalangan orang-orang beramal soleh dan usaha murni yang pernah dilakukan menjadi sumber inspirasi kepada semua untuk saling membantu dan mengejar akhir4t.

 

Kredit foto: Instagram Dnarfaziani

Kredit: Instagram Dnar Faziani

Sumber : Nona

Be the first to comment on "“Walau Tetamu Itu Musuuhmu, Jamulah Dia Bagai Raja!” Pesanan FAZIANI ROHBAN Segar Di Ingatan Anak!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*